Buat Duit 2USD Dengan Free Signup


Susah sangat ke nak buat duit di internet? Rasanya tanpa duit pun sebenarnya anda boleh buat dengan cepat signup free account dan guna software ini dengan mempromosikan link blog anda . Tapi bagaimana caranya? Sebelum itu, saya memperkenalkan salah satu software Gobala Krishnan (IM Malaysia) yang banyak memberi kemudahan terutamanya kepada affiliater-affiliater yang mempromosikan landing page atau blog iaitu LinkTrackr. Antara 3 fungsi utama ialah :
  • Anda boleh melakukan clocking URL
  • Anda boleh mamantau trafik dan boleh menjejak trafik anda datang tanpa melihat menggunakan cpanel
  • Anda memiliki viral bar social media yang boleh dikongsi atau share kepada kenalan anda atau kenalan anda juga boleh melakukan share ke kenalan mereka. Ini semua percuma!!!!
Selain itu di akhir nanti saya dedahkan tips saya bagaimana mendapat trafik dengan mudah untuk Sign UP LinkTrackr ini. So, Sila rujuk bagimana  Cara Untuk Daftar di bawah:
2: Klik link button seperti gambar rajah di bawah
3: Kemudian pilih pakej yang FREE sahaja dahulu  (Anda tidak perlu bayar apa- apa) lihat gambar rajah di bawah :
4: Selepas itu, create username anda serta update email dan login semula. 
Bagi pemahaman bagaimana cara penggunaannya sila lihat  paparan link video yang telah disediakan – rujuk gambar rajah ini



1. Anda boleh iklankan link di twitter ads. Cari di ebay dengan keyword ‘Twitter Follower’. Beli twitter ads.
2. Anda boleh menggunakan MicroWorkers.com. Cari contoh ayat yang lebih kurang dan gantikan link dengan link SignUP Linktracker kemudian upah mengikut modal yang anda bajet.
3. Anda boleh iklankan di iklan-iklan PTC. Cari yang pay for sign up
4. Anda boleh gunakan facebook. Gunakan ayat-ayat power atau gambar yang menarik dan boleh viral untuk tarik perhatian kenalan-kenalan anda untuk SignUP Linktrackr.
Tips saya dah bagi jadi daftar cepat dan mula lakukan viral link blog anda dan apabila orang KLIK link signup seperti yang anda lakukan di atas, anda mula menerima INCOME 2usd (Duit free 1 hari RM 6.40, takkan tengok je..)

DAPATKAN LINK ANDA UNTUK MULA MEMILIKI 2USD SETIAP HARI TANPA PERLU MENJUAL

ARE YOU THE PRETTY? THE SHY? OR MR. AMPU? PLAY THE GAME AND WIN UP TO RM 40K!

Wow! Not only do I get to drink my Milo Fuze Jam-Pack but Macbook Air as a grand prize? Check it out now!


Which personalities would you wanna fit your friends? The Pretty? The Shy? Or Mr. Ampu? Milo Fuze is back in action and it's bringing you an addictive game that will totally blow your mind! That's right, Milo Fuze is introducing this super duper cute game called Jam Pack and there are prizes worth RM40, 000 up for grabs! Woahhhhh... Times like this, we all don't mind holding The Aunty title proudly. RM40, 000 prizes up for grabs, c'mon!! Share this now! A Milo Fuze a day, keeps your tiredness away! Share this with your friends and get rewarded! Contest ends on March 9, 2011

Are YOU the most wanted?

Are YOU the most wanted?



Are you the ultimate man Axe is looking for? Think you have ALL it takes to be one? Submit your mug-shot and let us hunt YOU down! If convicted, you will be punished for a year of partying or get an iPhone 4 so the "police" could check on you! Are YOU the most wanted?

Cara Membuat Minisite Dengan Blogger

Cara Membuat Minisite Dengan Mudah dan Cepat.
Apa kegunaan minisite?? Minisite ini digunakan untuk mempromosikan barang atau produk anda. Jika anda ada produk untuk dipasarkan di internet dan anda malas untuk membuat blog, maka minisite adalah pilihan terbaik. Jika anda memilih blog untuk mempromosi sesuatu produk atau bisnes anda, agak sukar sedikit kerana blog perlu diupdate. Selain itu, pelawat datang ke blog adalah untuk mencari maklumat. Jika blog anda penuh dengan maklumat, sudah pasti pelawat yang datang akan datang semula pada lain hari.

Jadi anda boleh edit nama web, produk, dan sebagainya. Anda gunakanlah untuk memaksimumkan profit anda. Contoh yang saya berikan disini adalah dari blogger. Saya menggunakan blogger dan menjadikannya sebagai minisite. Sebab apa?? sebab saya lebih selesa dengan blogger, saya juga ingin meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan. Jadi anda?? lihat contoh disini.
Langkah Demi langkah untuk mengubah blogger menjadi minisite.

Jika anda ikut step by step cara ini, saya pasti anda akan berjaya membuatnya juga. Baiklah, anda ikut step ini.

  1. Anda buat satu blog baru.
  2. Anda pilih template minima.
  3. Anda pergi ke edit HTML kemudian terus klik pada kotak expand widget.
  4. Kemudian anda cari code seperti ini :


    <b:includable id='main' var='top'>
    <b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
    <!-- posts -->
    <div class='blog-posts hfeed'>
    <b:include data='top' name='status-message'/>
    <data:adStart/>
    <b:loop values='data:posts' var='post'>
    <b:include data='post' name='post'/>
    <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
    <b:include data='post' name='comments'/>
    </b:if>
    <b:if cond='data:post.includeAd'>
    <data:adEnd/>
    <data:adCode/>
    <data:adStart/>
    </b:if>
    </b:loop>
    <data:adEnd/>
    </div></b:if>


  5. Anda tambah code yang bewarna merah pada code tersebut, buat seperti yang ditunjukkan.
  6. Kemudian cari code seperti ini pula :


    <div class='feed-links'>
    <b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
    <data:feedLinksMsg/>
    <b:loop values='data:links' var='f'>
    <a class='feed-link' expr:href='data:f.url' expr:type='data:f.mimeType'
    target='_blank'><data:f.name/> (<data:f.feedType/>)</a>
    </b:loop>
    </b:if>
    </div>


  7. Anda tambah code bewarna merah seperti saya buat itu.
  8. Kemudian save template anda. Selepas itu anda klik semula kotak expand widget supaya kotak expand widget tidak ditandakan centang.
  9. Kemudian cari pula code ini :


    <div id='sidebar-wrapper'>
    <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
    <b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>
    <b:widget id='Followers2' locked='false' title='Followers' type='Followers'/>
    <b:widget id='BlogArchive2' locked='false' title='Blog Archive' type='BlogArchive'/>
    <b:widget id='Profile2' locked='false' title='About Me' type='Profile'/>
    </b:section></b:if>


  10. Anda tambahkan juga code bewarna merah kedalam code tersebut.
  11. Kemudian cari code ini pula dan padam code ini :


    <div id='header-wrapper'>

    <b:section class='header' id='header' maxwidgets='1' showaddelement='no'>
    <b:widget id='Header1' locked='true' title='Blog Test Template (Header)'
    type='Header'/>
    </b:section>
    </div>


  12. Kemudian cari code ini :


    <div id='content-wrapper'>
    <div id='crosscol-wrapper' style='text-align:center'>
    <b:section class='crosscol' id='crosscol' showaddelement='yes'/>
    </div>



  13. Anda perhatikan showaddelement, anda tukar kepada yes.
  14. Sekarang selesai mengedit template blogger.
  15. Tetapi belum siap lagi minisite anda. Sekarang ini anda buka template minisite anda, anda copy semua code template tersebut. Kemudian anda pergi ke pageElement, dan anda ADD HTML/JAVA dan anda masukkan code minisite. Pastikan semua ga,bar yang digunakan untuk template minisite sudah di upload ke web hosting. Jika tiada hosting sendiri, anda boleh menggunakan web yang menyediakan perkhidmatan image hosting secara percuma. Setelah di upload, anda tukar code URL gambar di template minisite tersebut dahulu. Kemudian barulah dimasukkan ke page element. Untuk background, anda boleh tukar, caranya anda pergi ke edit HTML, kemudian cari code seperti ini :
    body { background: url(http://URL gambar background anda); margin: 0; padding: 0px; font: x-small Verdana, Arial; text-align: center; font-size/* */:/**/small; font-size: /**/small; }
    Anda masukkanlah URL image BG anda. Kemudian save template anda. Selesai.
    Cth Minisite: http://jutawaninfinity.blogspot.com/




    Credit: SolehPolysas

Laluan Perguruan

KURSUS PRAPERKHIDMATAN

 

Kursus praperkhidmatan merupakan program yang menyediakan latihan untuk guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah dan menengah. Program ini dijalankan di institut-institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan asas dan tempoh pengajian ditentukan mengikut kursus yang ditawarkan. Di antara kursus yang ditawarkan ialah:

 

i.      Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)

Program KPLI ini ditawarkan kepada pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi guru di sekolah rendah mengikut bidang yang ditawarkan. Kursus 1 tahun ini ditawarkan bagi pengambilan Februari dan Julai pada setiap tahun. Unjuran pengambilan pelatih bagi program ini adalah berdasarkan keperluan guru semasa dan contoh bidang program yang ditawarkan adalah seperti berikut ;

§  Bahasa Melayu

§   Bahasa Inggeris

§   Bahasa Cina

§   Bahasa Cina (Sekolah Kebangsaan)

§   Bahasa Tamil

§   Bahasa Tamil (Sekolah Kebangsaan)

§   Matematik

§   Pendidikan Islam

§   Sains

§   Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

§   Pendidikan Seni Visual

§   Kemahiran Hidup

§   Pendidikan Jasmani

§   Bimbingan

§   Pemulihan

§   Pengajian Sosial

§   Pendidikan Muzik

 ii.    Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :

Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah, kecuali bidang Pengajian Bahasa Inggeris (TESL) ditawarkan bagi keperluan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Bahasa Melayu

  • Bahasa Inggeris

  • Bahasa Cina

  • Bahasa Tamil

  • Bahasa Arab

  • Sains

  • Matematik

  • Pengajian Sosial

  • Pendidikan Islam

  • Pendidikan Seni Visual

  • Pendidikan Jasmani

  • Reka Bentuk dan Teknologi

  • Pendidikan Prasekolah

  • Pendidikan Muzik

  • Pemulihan

  • Bimbingan

  • Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran/ Pendengaran/  Penglihatan)


iii.   Program Kembar Praperkhidmatan B.Ed. (TESL) antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dengan Institusi-institusi Dalam dan Luar Negara :

Kursus ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua.

 

iv.   Program Kembar Bahasa Perancis atau Bachelor of Arts Degree in Sciences of Languages and Information Specializing in Teaching French As A Foreign Language

Kursus yang menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Linguistik ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar matapelajaran Bahasa  Perancis di sekolah. Kursus ini menggunakan kurikulum yang telah dipersetujui bersama dengan University of Poitiers, Perancis.

 

v.  Program Kembar Bahasa Jerman atau Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

Kursus yang menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Linguistik ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar matapelajaran Bahasa Jerman di sekolah.

 


vi.   Program Penghantaran Pelajar-Pelajar Cemerlang ke Luar Negara:

Program latihan perguruan ini ditawarkan kepada calon lepasan SPM yang mencapai keputusan cemerlang dalam SPM dan berminat untuk mangajar dalam matapelajaran mengikut bidang kursus yang ditawarkan. Struktur pengajian adalah selama 6 Tahun iaitu 1 ½  - 2 tahun dalam Kursus Persediaan, 3 tahun dalam Ijazah Pertama di universiti luar negara dan 1 tahun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Institut Pendidikan Guru. Kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah seperti berikut;

§   Bachelor of Science (Honours) – Physics

§   Bachelor of Science (Honours) – Mathematics

§   Bachelor of Science (Honours) – Biology

§   Bachelor of Science (Honours) – Chemistry

§   Bachelor of Science (Honours) – Clinical Speech Therapy

§   Bachelor of Science (Honours) – Occupational Health Therapy

§   Bachelor of Science (Honours) – Audiology

§   Bachelor of Science (Honours) – Clinical Psychology

 

 

SYARAT DAN KELAYAKAN KURSU-KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM

Calon hendaklah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan asas seperti berikut:

 

a)        Warganegara Malaysia.

b)        Umur tidak melebihi 20 tahun iaitu lahir selepas 1 Julai pada masa iklan dikeluarkan.

c)        Mempunyai kelayakan akademik dengan mendapat sekurang-kurangnya
           enam kepujian
di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk mata pelajaran berikut :

·   Bahasa Melayu

·   Bahasa Inggeris

·   Sejarah

·   Matematik atau Matematik Tambahan

·   Biologi atau Fizik atau Kimia atau

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau  Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan atau Sains atau Sains Tambahan; dan

·    Satu  mata pelajaran yang lain

d)      Memenuhi syarat  dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).

e)    Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7A termasuk mata pelajaran pada para 1.3.1, 1.3.2, 1.3.3, 1.3.4, 1.3.5 dan dua mata pelajaran lain di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Calon yang mencapai gred 3B atau lebih baik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris GCE O Level di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau mencapai sekurang-kurangnya Band 5 dalam Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan.

 

f)     Program Kembar Bahasa Peranchis ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sijil kelayakan Bahasa Peranchis sekurang-kurangnya Delf 1. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 4 semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang lulus Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan bagi mengikuti Program Kembar Bahasa Perancis selama 6-7 semester di Perancis.  Pada tahun empat (4) calon akan menyambung berkursus di IPGM.

 

g)      Program Kembar Bahasa Jerman ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan  selama dua tahun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang lulus kedua-dua Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan mengikuti Program Kembar Bahasa Jerman di universiti tempatan selama 6 semester (Tahun 1, 2 dan 3) dan di IPGM selama 2 semester (Tahun 4).

 

h)      Untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 3 semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai prasyarat. Hanya calon yang lulus Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 8 semester di IPGM/ IPTA.  Calon yang menamatkan program ini dengan jayanya akan dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian/ B. Ed. (TESL).

 

i)      Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.

 

j)    Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada  kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan juga keputusan ujian sahsiah. Keutamaan akan diberi kepada calon yang aktif di dalam aktiviti kokurikulum.

 

k)    Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawar program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) atau di mana-mana universiti yang ditetapkan.

 

l)       Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPGM/ Kolej yang ditetapkan.Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temu duga adalah tanggungan calon sendiri.Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPGM/ Kolej yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri pada hari pendaftaran.

 

 

SYARAT DAN KELAYAKAN KURSUS KPLI

 

a.    Warganegara Malaysia

 

b.    Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Jun 2009 iaitu  lahir selepas 1 Jun 1974.

c.    Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)  tempatan atau luar negara.

 

d.    Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.

 

e.    Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).

 

f.     Bagi memohon  Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.

 

g.    Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.

 

h.    Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

 

i.    Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.

 

 CARA MEMOHON

 

i.  Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my

Permohonan boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja.

 

ii.    Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor  PIN ini.

 

iii.   Calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja.

 

iv.  Calon diminta mengisi DUA pilihan kursus sahaja mengikut keutamaan daripada mana-mana senarai kursus yang ditawarkan.

 

v.   Gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.


vi.   Maklumat yang tidak lengkap, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.


vii.  Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada internet dan dibawa bersama semasa ujian.


viii.  Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada internet. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan  makluman secara bersurat  kepada calon.


ix.  Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.

 

IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

 

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru Malaysia adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan  termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

sumber: http://www.moe.gov.my