Adakah ClickBank Sesuai Untuk Usahawan Internet Baru?

Selepas tersebarnya berita menyatakan ClickBank sudah membuka pintu untuk usahawan Internet dari Malaysia, ramai yang menyambut berita ini dengan gembira. Bagi mereka yang sudah lama menjalankan pemasaran affiliate, mungkin ianya tidak susah untuk mereka memahami bagaimana untuk mengambil peluang menjana pendapatan daripada ClickBank.
Namun begitu, masih ramai lagi di antara usahawan internet baru ataupun mereka yang ingin menjadi usahawan internet yang tidak memahami apakah ClickBank.

Secara ringkasnya, ClickBank adalah sebuah perkhidmatan jaringan affiliate di mana anda boleh menjadi orang yang menggunakan servis ClickBank untuk menjual produk digital anda ataupun menjual produk digital orang lain sebagai affiliate.

Sebagai affiliate, anda akan mendapat komisyen jualan yang ditetapkan (selalunya dari 10% hingga 90%) sekiranya anda berjaya menjual produk digital orang lain.
Anda juga boleh menggunakan ClickBank sebagai servis untuk menerima pembayaran melalui internet untuk menjual produk digital anda sendiri.

Untuk menjadi penjual (merchant), anda perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak US$49.95 dan ClickBank akan membantu anda menerima pembayaran kad kredit atau PayPal untuk produk yang anda jual di internet. Secara ringkasnya, ClickBank menjadi orang tengah untuk menerima bayaran di internet untuk sebarang produk digital yang anda jual. ClickBank juga menyediakan program affiliate untuk produk anda di mana anda boleh berikan komisyen kepada mereka yang mempromosikan produk anda.

Sekiranya anda tidak mempunyai produk untuk dijual, anda boleh menjadi affiliate ClickBank dan mencari produk yang disenaraikan di “ClickBank MarketPlace”
(http://www.clickbank.com/marketplace.htm). Pilih produk yang bersesuaian, bina pautan affiliate anda dan mula promosikan pautan (link) yang diberikan.
Di sini anda boleh lihat ClickBank sebagai laman web yang menyediakan produk untuk anda jana pendapatan di internet. Soalan seterusnya ialah bagaimana anda boleh menjana pendapatan daripada ClickBank.

Jawapannya ialah dengan mempromosikan laman web produk yang disenaraikan di “ClickBank Marketplace”. Cara promosinya adalah sama dengan cara anda mempromosikan produk affiliate lain ataupun laman web yang seumpamanya.

Terdapat banyak cara mempromosikan produk affiliate yang disarankan tetapi pada pandangan saya, anda cuma perlu lakukan 2 atau 3 cara promosi sahaja sebagai permulaan dan ianya sudah memadai untuk mendapat jualan. Kemudian, anda boleh tambah strategi promosi anda sendiri mengikut citarasa anda.
Sebagai tip tambahan, inilah formula penjanaan pendapatan di internet yang saya selalu praktikkan.

1. Cari produk yang anda ingin jual (boleh didapati di ClickBank)
2. Promosi produk tersebut sehingga berjaya membuat jualan, dan lakukan promosi lagi dan lagi.
Itu sahaja!
Dan akhir sekali, ClickBank sesuai jika anda mensasarkan pasaran antarabangsa dan anda perlu memahami bahasa Inggeris untuk melakukan pemasaran affiliate di dalam pasaran antarabangsa. Sekiranya bahasa Inggeris merupakan satu halangan yang besar untuk anda, saya cadangkan anda menyertai program affiliate tempatan dan promosi produk tersebut dahulu untuk mendapatkan pengalaman di dalam pemasaran affiliate ini. Kemudian, gunakan pengalaman ini untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Jika anda mahir dengan Bahasa Inggeris, itu sudah cerita lain. Panduan menjana pendapatan daripada ClickBank banyak terdapat di dalam ebook berbahasa Inggeris. Jadi, lakukan carian di Google atau Yahoo dan anda pasti akan menjumpai pelbagai ebook yang dapat membantu anda. Anda mungkin dapat terus mensasarkan pasaran antarabangsa untuk kempen pemasaran affiliate anda.

Jadi, adakah ClickBank sesuai untuk anda jadikan salah satu cabang menjana pendapatan melalui produk digital? Anda sendiri akan tahu jawapannya.
Untuk mendaftar sebagai ahli ClickBank, layari http://pay2secure.reseller.hop.clickbank.net
dan klik “Sign Up Now!” untuk mengisi borang pendaftaran.

Subscribe by Email

http://afendie.blogspot.com

↑ Grab this Headline Animator

0 Comments:

Post a Comment

Please don't spam on here..