:: Apakah maksud sebenar Google Adsense??

Name: Fendie
Email: shinxchan@yahoo.com
Post Title: Apakah maksud sebenar Google Adsense??
Post Text: Apa itu google adsense??

secara asasnya, Google Adsense adalah satu iklan dimana iklan disediakan oleh Google dan Google akan berkongsi pendapatan mereka dengan webmaster atau pemilik laman web yang meletakkan iklan Google di Laman Web atau Blog mereka. Google akan membayar setiap klik yang membawa traffic kepada pelanggan mereka. Dengan kata yang sama, Google membayar setiap klik yang melalui Google Adsense untuk meninggalkan laman web anda dan pelanggan ke page yang diperlukan.

Google mempunyai alternatif yang lain. Iaitu Google Adwords. Jangan keliru dengan Google Adwords di mana ia adalah untuk pengiklanan. Mereka akan membayar setiap traffic yang di bawa ke Laman web mereka melalui Google Adsense.


Maksud yang senang di sini adalah apabila orang klik link Google Adsense di Laman Web atau Blog anda, anda akan mendapat duit. Lebih banyak klik yang anda dapat melalui Google Adsense anda, lagi banyak duit yang anda dapat.
*Maklumat tambahan: Anda tidak boleh klik link Google Adsense anda sendiri.

Adsense di sediakan agar senang di baca. Ia tidak akan mengganggu isi-isi yang di sampaikan di Laman Web anda. Ia adalah berdasarkan teks dan image. Ia juga tidak akan mengganu pelawat anda untuk mendapatkan maklumat di blog anda. Google Adsense ini adalah sebagai link dan maklumat tambahan jika pelawat anda tidak mendapat maklumat yang diperlukan di Laman web anda.

Anda mungkin pernah lihat Google Adsense ini. Tapi anda tidak tahu yang Google Adsense boleh buat duit. Jangan takut untuk klik Google Adsense. Ini kerana, semakin ramai yang akan membuat pengiklanan di Google dan dalam masa yang sama kita sebagai pengguna dan pelawat dapat menambahkan pendapatan dengan Google Adsense.

Anda boleh meletakkan iklan Google Adsense di Laman Web atau blog anda sebanyak 3 Kod Adsense. Jika anda meletakkan melebihi 3 kod, Google hanya akan mengeluarkan hanya 3 Kod sahaja di dalam satu page. Iklan Google Adsense yang akan keluar adalah yang berkaitan dengan apa yang disampaikan di Laman Web atau Blog anda.

Berapa yang anda akan dapat dengan Google Adsense??

Jawapannya senang je. Anda akan mendapat bayaran USD0.01 - USD 50. Ia bergantung kepada kerajinan anda untuk mendapatkan duit dengan Google Adsense. Untuk mendapat bayaran yang tinggi melalui satu klik, ia memerlukan keyword yang betul. Lagi tepat keyword anda, lagi banyak duit yang akan masuk ke Akaun anda.

Jadi, anda boleh membuat duit dengan Google Adsense hanya dengan tidak memerlukan modal. Anda boleh gunakan blog percuma sahaja. Anda boleh mendaftar dengan Blogger.Com. Anda boleh promosikan link Google Adsense anda menggunakan blog percuma itu.. Mulakan Google Adsense anda hari ini.
Tags : google adsense
Links:
Category: Info

2 Comments:

Post a Comment

Please don't spam on here..