:: Bongkar rahsia bapa kejam

Name: afendie
Email:
Post Title: Bongkar rahsia bapa kejam
Post Text: PERIKSA...unit forensik mengumpulkan rangka kanak-kanak
yang disyaki dibunuh bapanya.

GEORGETOWN: Tengkorak dan beberapa bahagian tulang dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang ditanam sejak tiga tahun lalu, ditemui di kawasan padang di Kampung Pisang, Ayer Itam di sini, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata tengkorak dan tulang itu ditemui susulan daripada soal siasat terhadap tiga kanak-kanak perempuan yang juga adik-beradik mangsa mengenai penderaan yang dilakukan bapa kandung mereka sehingga membawa kepada penemuan terbabit.

"Pada awalnya polis mendapat maklumat dari sebuah gereja di kawasan itu mengenai penderaan yang dilakukan terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Flat Medan Angsana, Ayer Itam beberapa tahun lalu.

"Hasil siasatan, tiga daripada 10 beradik itu mengaku didera serta dicabul bapa mereka yang berusia 40 tahun," katanya.

Ayub berkata, seorang mangsa penderaan itu turut membuka sejarah hitam keluarganya kepada polis mengenai perbuatan bapa mereka mendera adik perempuannya sehingga mati beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, maklumat itu akhirnya membawa kepada penahanan lelaki berkenaan kelmarin.

"Siasatan mendapati lelaki yang tidak bekerja itu menanam anak perempuannya di kawasan padang itu kira-kira dua kilometer dari rumahnya," katanya.

Ayub berkata, lelaki itu kini direman dan kes itu disiasat menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul serta Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, lelaki itu mempunyai tiga isteri dan mangsa yang dibunuh adalah anak isteri keduanya.

Sementara itu, Pakar Perunding Kanan Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Bhupinder Singh, berkata tulang yang ditemui itu milik kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tujuh tahun dan dipercayai ditanam antara dua ke tiga tahun lalu.

Katanya, rangka yang ditemui itu tidak lengkap dan ditanam pada kedalaman satu meter, namun siasatan lanjut perlu dijalankan bagi mengesan punca kematian.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tuanku Said, berkata siasatan awal mendapati ada rekahan pada tengkorak mangsa.

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
Tags : setempat
Links:
Category: Blog
---------------------------------------------------------------------
Visitor Ip: 60.54.163.41

0 Comments:

Post a Comment

Please don't spam on here..